PENGENALAN

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban mula dibina pada 24 Ogos 1998 di sebidang tanah seluas 16 ekar di kawasan Ayer Panas (kini dikenali sebagai Bemban) di bawah N24 DUN Bemban. SMK Seri Bemban terdiri daripada beberapa blok, iaitu Blok Pentadbiran, Blok Bilik TINGKATAN, Blok Bengkel, Pusat Sumber dan Makmal Sains. Sekolah ini dibina bersama dengan beberapa kemudahan iaitu sebuah kantin, sebuah bengkel pertanian dan sebuah pondok pengawal di hadapan pintu masuk.
Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban telah berkembang selepas ianya disiap sepenuhnya pada bulan Mac 2000. Pada 17 Januari 2000, seramai 138 orang pelajar telah mendaftar untuk belajar di sekolah ini disertai dengan 14 orang guru dan 7 orang kakitangan sokongan. Pengetua yang pertama pada ketika itu ialah Cik Saleha Binti Abdol yang telah memimpin dan mentadbir SMK Seri Bemban selama 3 tahun iaitu dari tahun 2000 sehinggalah beliau bersara pada tahun 2003.

Kemudian, dari tahun ke tahun jawatan Pengetua SMK Seri Bemban silih berganti seperti berikut:
  1. Puan Hajah Saleha Binti Abdol (2000-2003)
  2. Puan Hajah Zariyah Binti Haji Daud (2004-2006)
  3. Puan Hajah Rukiah Binti Mustakim (2006-2009)
  4. Tn. Md.Isa B. Salleh (2009-2010)
  5. Tn Ahmad Kamal b. Mohd Don (2010-2013)
  6. Pn Azimah bt. Ahamad (2013-2014)
  7. Tn. Razali b. Ali (2014-2015)
  8. Tn Hj. Safie b. Hj. Ibrahim (2015 -2018)
  9. Tn. Mohd Yusof bin Said (2018-2020)
  10. Dr. Hjh Asfalaila binti Ajis (2020-2022)
  11. Tn Hj. Kamaruzzaman bin Ab. Rahim ( 2022 sehingga kini)

VISI SMK SERI BEMBAN


PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

SLOGAN SMK SERI BEMBAN

SMK SERI BEMBAN CERIA HARMONI BERBUDAYA CEMERLANG

MISI SMK SERI BEMBAN

SMK Seri Bemban akan berusaha:
1. Mewujudkan pengurusan sekolah berkesan.
2. Meningkatkan penglibatan pelajar secara menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum.
3. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik dan kokurikulum.
4. Mengekalkan suasana ceria dan kondusif.
5. Membina hala tuju kehidupan terpuji.
6. Mengamalkan silang budaya.

LAGU SMK SERI BEMBAN


BERILMU BERJAYA

SMK Seri Bemban indah serta gagah,
Gedung ilmu pembentuk minda,
Berilmu berakhlak mulia,
Berjaya menjadi anak Malaysia ternama.

Patuh pada agama,
Hormat ibu bapa dan guru,
Sayangi rakan dan perpaduan,
Bertekad tuntut ilmu tanpa jemu.

Kami berjanji menjulang namu,
SMK Seri Bemban,
Mertabatkan ilmu yang dituntut,
Menjad insan yang Berjaya.

 Lagu : Kam Rudin Hj. Samah
Lirik : Pn Hjh Saleha Abdol
(Mantan Pengetua Pertama)